SARAWAK, 23 Nov – Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Dira (13 RAMD) telah melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) menerusi Program Gotong-Royong di kawasan Kampung Pakit A, Sri Aman pada Sabtu.
Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) dalam hantaran di media sosialnya berkata, PJM ini turut disertai oleh beberapa agensi awam iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman serta Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman.
“Seramai 10 pegawai dan 50 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) serta penduduk setempat terlibat dalam program tersebut,
“Panglima 3 Bgd, Jeneral Datuk Azhar Ahmad turut mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk kampung dan membuat lawatan ziarah kasih ke beberapa buah rumah,
“Antaranya ialah kunjungan ke atas kediaman Nawai Sungau yang mana telah menerima pemberian khas berbentuk tilam dan bantal dari pasukan 13 RAMD,” katanya.
Pada masa sama, Azhar turut menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan makanan asas kepada setiap keluarga yang dilawati melibatkan 43 ketua rumah.
Turut hadir wakil dari Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) dan wakil Residen Sri Aman, Ramon Addy Mroon @ Ambrose. – airtimes.my
Galeri gambar: