MANILA, 30 Jun – Tentera Udara Filipina (PAF) bakal memperolehi enam daripada sembilan buah pesawat udara tanpa pemandu (UAV) Hermes 900 pada tahun ini.
Hermes merupakan UAV kategori MALE dan buatan Israel bagi meningkatkan keupayaan perisikan, pemantauan dan tinjauan (ISR).
Selain pesawat, PAF turut akan menerima stesen kawalan, terminal data dan peralatan sokongan dari syarikat Elbit Systems.
Perolehan Hermes merupakan sebahagian daripada pelan modenisasi kekuatan udara PAF.
Selain itu, PAF turut melakukan perolehan sejumlah UAV Skylark LEX dan Skylark 3 keluaran Elbit. – airtimes.my