KUALA LUMPUR, 29 Mei – Operasi Benteng (Op Benteng) yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melakukan tangkapan yang melibatkan 32 orang pendatang asing tanpa izin (PATI), semalam.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan turut merampas 12 buah kenderaan darat dalam operasi tersebut.
Menurutnya, dalam operasi itu juga, sebanyak 162 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui 8 aktiviti penglihatan.
Op Benteng yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 603 Sekatan Jalan Raya (SJR).
“Sebanyak 549 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam dalam Operasi Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA,
“Manakala Op Benteng PDRM (45 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR),” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” hari ini.
Sementara itu, bagi Task Force Operasi Pematuhan pula, PDRM telah menahan 617 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP.
“Daripada jumlah itu, seramai 579 individu dikompaun manakala 38 lagi direman,
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP mereka yang tidak memakai pelitup mula (118); rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran serta makan di premis (112); tiada penjarakan fizikal (111); gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (77); tidak patuh arahan kawalan pergerakan (66); aktiviti pusat hiburan (11) dan lain-lain kesalahan (122),
Ismail Sabri menjelaskan, PDRM juga telah membuat 69,702 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosuder operasi standard (SOP) PKP semalam. -airtimes.my