KUALA LUMPUR, 9 Dis – Pertandingan penalti shotout Pesta Kor Risik Diraja (PERISIK) menyaksikan penglibatan peserta solo dari 300 penyertaan berkumpulan telah berjaya merangkul gelaran Naib Juara pertandingan tersebut.
Mohd Firdaus Yusof, 28, dari Seremban berkata sepanjang dua tahun penyertaan dalam pertandingan liga penalti, Liga Penalti PERISIK adalah yang terbaik disertainya.
Beliau berkongsi rasa gembira apabila berjaya meraih tempat ke dua acara tersebut. Dengan penyertaan secara solo, Firdaus telah berjaya memasuki peringkat akhir mengatasi saingan 300 kumpulan yang lain.
“Sepanjang penyertaan saya dalam liga penalti ini, untuk PERISIK ini saya berjaya meraih tempat kedua,
“Ini penyertaan pertama saya dalam pertandingan anjuran Kor Risik dan saya rasa amat berpushati kerana ia dibuat ditempat yang tertutup iaitu di dalam dewan.
Selalunya pertandingn seperti ini dibuat di padang dan dalam keadaan cuaca yang panas,” kata Firdaus yang turut membawa keluarga bersama untuk ke pertandingan ini.
Sementara itu, Saruvanan a/l Sangralingam tidak menyangka penyertaan ke pertandingan penalti shootout bersama dua adiknya telah berjaya membawa pulang hadiah tempat pertama bernilai RM 10,000, semalam.
Saruvanan yang berasal dari Selangor meluahkan rasa gembira apabila berjaya merangkul gelaran juara dan berasa teruja apabila dapat membawa pulang hadiah wang tunai yang besar.
“Sepanjang dua tahun sertai pertandingan liga penalti, kami tidak pernah ada rezeki untuk jadi juara. Tapi hari ini saya rasa ada rezeki, kami telah berjaya menjadi juara,
“Sebelum ini ada juga menang, tapi hanya RM 2,000 hingga RM5,000 sahaja, tapi kali ini RM 10,000. Itu yang berasa gembira sangat,” katanya.
Beliau yang mewakili kumpulan NBSA Veteran berkata pertandingan liga penalti ini adalah yang terbaik sepanjang penglibatan beliau dalam sukan ini.
“Liga ini adalah yang terbaik, ada tempat menjual makanan, minuman dan yang penting ia dibuat dalam dewan. Selalu kami bermain di padang bola, ini pengalaman pertama kami bermain di dalam dewan. Di situlah kelainannya. Terima kasih Kor Risik,” kata Suravanan.
Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) dan Kor Risik Diraja (KRD) buat julung kalinya mengadakan PERISIK di Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bersempena Hari Ulang Tahun Kor Risik Diraja yang ke-50 pada tahun ini.
Pelbagai aktiviti yang disediakan iaitu, pameran ketenteraan, pameran dari agensi keselamatan lain dan aktiviti sukan seperti Fun Run, penalti shoot, soccer shoot dan juga netball shoot serta pertandingan e-game, PUBG Mobile.