London, 21 Mac – Diplomat dan kakitangan kedutaan Rusia mula meninggalkan bangunan bersama bagasi,serta ahli keluarga mereka dengan menaiki tiga buah bas.
Sebelum ini Britain mengusir 23 diplomat Russia susulan serangan agen saraf ke atas bekas perisik muka dua Russia, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia, 4 Mac lalu.
Polis Britain memaklumkan, siasatan terhadap insiden meracun itu mungkin mengambil masa berbulan untuk diselesaikan sementara Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson menuduh Russia ‘cuba menutup kebenaran.’
Britain berkata, hanya Russia memiliki keupayaan, motif dan niat sebagai dalang serangan, yang menggunakan agen saraf Novichok, yang dibangunkan bekas Kesatuan Soviet namun Russia nafi bertanggungjawab.