STAVANGER, 30 Ogos – Hadiah Nobel keamanan kepada Aung San Suu Kyi tidak akan ditarik balik, susulan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa tentera Myanmar menjalankan pembunuhan besar-besaran etnik Muslim Rohingya, kata Jawatankuasa Nobel Norway, semalam.
Suu Kyi mengetuai kerajaan Myanmar, beliau menang Hadiah Nobel Keamanan pada 1991 atas usaha berkempen untuk demokrasi, namun dikritik kerana gagal bersuara menentang operasi tentera di negeri Rakhine.
“Suu Kyi menang Hadiah Nobel Kemanan atas perjuangan untuk demokrasi dan kebebasan sehingga 1991, iaitu pada tahun beliau menang hadiah ini,” kata Setiausaha Jawatankuasa Nobel Norway, Olav Njoelstad.
Peraturan mengawal Hadiah Nobel tidak membenarkan untuk hadiah itu ditarik balik, katanya.