TOKYO 11 Jun – Kaukus Ekonomi Asia Timur (EAEC) perlu dikaji semula supaya negara-negara kecil turut mendapat manfaat daripada era perdagangan bebas dunia ketika ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, idea EAEC yang dikemukakan beliau pada 1997 terpaksa dilupakan ketika itu ekoran tentangan daripada Amerika Syarikat (AS).
Kini katanya, apabila AS mengambil sikap memencilkan diri termasuk membatalkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, maka kuasa besar itu tidak wajar menghalang pembentukan EAEC.
“AS tidak boleh bantah (EAEC) sekarang kerana AS kini hanya dengan dirinya sendiri,” kata pada sesi soal jawab di Persidangan Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) di sini hari ini.
Namun kata Dr. Mahathir, apa sahaja perjanjian yang membabitkan perdagangan perlu libatkan lebih banyak negara kecil.
Negara-negara kecil itu pula kata beliau, perlu diberikan peluang yang sama rata untuk berdagang