NEW DELHI, 11 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya India telah mengumumkan tarikh bagiĀ pilihan raya umum negara itu yang akan bermula pada 11 April hingga 19 Mei.
Proses pilihan raya yang bakal berlangsung dalam tujuh peringkat dan memakan masa hampir enam minggu, pilihan raya tersebut akan menyaksikan sejumlah 900 juta pengundi memilih barisan kerajaan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Pengundi akan memilih 543 ahli dewan rendah Parlimen, atau lebih dikenali sebagai Lok Sabha, dan sebarang parti atau pakatan memerlukan minimum 272 kerusi untuk membentuk kerajaan.
Sementara itu, dua pesaing paling kuat dalam pilihan raya umum kali ini, Perdana Menteri Narendra Modi, 68, dari Parti Bharatiya Janata Party (BJP) akan menentang Rahul Gandhi,48, dari Parti Indian National Congress dalam saingan untuk memerintah negara dengan 1.25 bilion juta penduduk itu.
Keputusan pengiraan undi pula dijangka selesai pada 23 Mei.