KOTA KINABALU, 12 Sept – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, selepas beliau tidak kelihatan serta menyerahkan borang pencalonan di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Libaran, hari ini.
Pegawai Pengurus, Irman Tajuddin Edy telah mengumumkan proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi tadi.
Musa melalui kenyataan di laman Facebok pada Rabu lepas, menyatakan akan bertanding di Dewan Undang Negeri (DUN) di Sungai Manila.
Beliau sebelum ini merupakan penyandang di DUN Sungai Sibunga, bagaimana pun nama Musa tercicir daripada senarai Barisan Nasional (BN) pada Khamis lalu. Namun namanya disebut-sebut mungkin menjadi calon Bebas atau mana-mana parti tempatan Sabah.
Ketika pencalonan ditutup, Musa terus tidak muncul di dewan untuk mengajukan pencalonannya, seperti yang dijangka.
Ini termasuk di dewan serbaguna Libaran, yang menjadi pusat penamaan calon bagi DUN Sungai Sibuga, iaitu kerusi yang disandangnya sejak 1994.-airtimes.my