KABUL, 8 Sept – Taliban mengumumkan barisan kabinetnya dengan melantik Mullah Mohammad Hassan Akhund sebagai Perdana Menteri sementara Afghanistan, pada Selasa.
Jurucakapnya, Zabihullah Mujahid berkata, pengasas bersama Taliban iaitu Mullah Abdul Ghani Baradar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Sementara itu, Mullah Mohammad Yaqoub dilantik sebagai Menteri Pertahanan, manakala jawatan Menteri Dalam Negeri adalah Serajuddin Haqqani.
Turut dilantik Hedayatullah Badri sebagai Menteri Kewangan dan perunding Taliban di Doha, Amir Khan Muttaqi memegang jawatan Menteri Luar.
Menurut Zabihullah, barisan kabinet yang diumumkan ini masih belum lengkap dan mereka hanya bertidak sebagai pemangku.
Setelah mengumumkan barisan kabinet sementara, Zabihullah berkata Taliban mengisytiharkan bahawa mereka kini ialah kerajaan Emiriah Islam.
Katanya, Afghanistan dan barisan kabinet akan menegakkan syiar Islam dan syariah di negara tersebut. – airtimes.my