KUALA LUMPUR, 18 Jul – Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim muhasabah diri susulan presiden parti itu memintanya bercuti segera jika terbukti terlibat dalam video intim yang tular baru-baru ini.
“Dengar baik-baik, suruh dia cermin diri. Suruh Anwar Muhasabah, cermin muka dia dulu,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu diminta mengulas kenyataan Anwar yang meminta beliau (Mohamed Azmin) bercuti segera jika terbukti terlibat dalam video intim yang tular baru-baru ini dan beliau tidak perlu bercuti sekiranya video itu tidak sahih.
Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata terpulang kepada mana-mana pemimpin yang sedang disiasat untuk bercuti atau meneruskan tugas selagi belum dibuktikan bersalah – Bernama