KUALA LUMPUR, 15 Jul – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof dipilih sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru.
Ditemui pemberita selepas pertemuan dengan kerajaan Sarawak di Kuching hari ini, beliau berkata perkara itu akan diumumkan tak lama lagi.
“(Speaker baru adalah) bekas hakim,” katanya.
Ketika ditanya adakah bekas hakim itu adalah Mohamad Ariff, Mahathir menjawab, “ya”.
Mohamad Ariff mungkin dipilih selepas calon terdahulu Datuk Johari Abdul mencetuskan kontroversi ekoran kedudukannya sebagai ADUN Gurun.
Mohd Ariff juga ketua jawatankuasa disiplin AMANAH.