PUTRAJAYA, 13 Okt – Golongan pesara akan menerima peruntukan Bantuan Khas RM350 yang akan dibuat pada bulan Januari 2023.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan semalam berkata, pesara tidak pernah dilupakan walaupun tidak disebut semasa pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat lepas.
Manakala seramai sejuta pesara juga bakal mendapat bantuan tunai langsung menerusi Bantuan Kewangan Aidilfitri berjumlah RM300 dibayar pada bulan Mac 2021.
Menurutnya, MoF mengambil maklum bahawa Bajet 2023 masih tertakluk kepada kelulusan Parlimen yang bakal bersidang semula selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Namun buat masa ini, MoF berpendapat bahawa adalah penting untuk memberi pencerahan mengenai bebarapa perkara yang kurang jelas atau telah disalah tafsir disebabkan oleh kekangan masa untuk memperincikan segala butiran mengenai 200 inisiatif semasa pembentangan tempoh hari. – airtimes.my