[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=M1p1WsF_hB0[/embedyt]
KUALA LUMPUR, 6 Jun – Penasihat Undang-Undang Majlis Reunion Bekas Perajurit Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Mior Rosli Mior Jaafar TUDM (Bersara) berkata, 3 suku dari 300 ribu veteran ATM tergolong daripada B40.
Beliau berkata, kerajaan tidak sepatutnya melupakan sumbangan dan jasa para veteran serta bekas tentera yang banyak berkorban dalam mempertahankan negara.
“Kita (veteran dan bekas tentera) sebenarnya telah dianiaya oleh kerajaan-kerajaan yang telah memerintah negara ini, ia kita faham bahawa banyak perkara yang telah diumumkan seperti bantuan khairat kematian, hospital dan sebagainya,
“Tetapi semua ini tidak menentukan atas meja tuan-tuan setiap hari, ini masalah kita, kita ada 300 ribu orang veteran, tetapi lebih 3 suku dari mereka adalah golongan B40,
“Kita telah berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan negara, ramai yang telah berkorban dan cacat anggota tubuh badan, tetapi kita menjadi orang miskin di negara ini,” katanya dalam ucapan semasa majlis Perhimpunan Reunion Bekas Perajurit (RU6622) di Tugu Negara, hari ini.
Himpunan ini menuntut pencen tentera yang bersara sebelum 2013 diselaraskan, serta hak untuk menerima pencen setelah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun. Himpunan turut menggesa pewujudan lembaga pengampunan bagi bekas tentera yang diberhentikan kerana isu disiplin di bawah Para. – airtimes.my