NEW DELHI, 26 Ogos – Sebuah jet pejuang Tentera Udara India (IAF) dilaporkan musnah dalam satu kejadian nahas udara di kawasan berhampiran sempadan dengan Pakistan, semalam.
IAF dalam satu hantaran di media sosial berkata, kejadian berlaku kira-kira pada pukul 5.30 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia) di Barmer, Rajashtan.
Menurutnya, pesawat dilaporkan mengalami masalah teknikal sejurus berlepas.
Juruterbang pesawat malang itu dilaporkan terselamat selepas berjaya melepaskan diri.
Menurut IAF, pihaknya akan melaksanakan siasatan terperinci bagi mengenalpasti punca kejadian.
India merupakan negara pengguna terbesar MiG-21 dan merupakan jet pejuang supersonik pertama di operasi oleh IAF.
MiG-21 dioperasikan oleh IAF semenjak tahun 1964. – airtimes.my