KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, kelemahan dan kekurangan sepanjang berkhidamat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Beliau menerusi hantaran di media sosial berkata, amat faham dan sedar akan kekurangannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
“Saya insan biasa yang tentunya tidak sunyi dari kesilapan, oleh itu saya memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, kelemahan dan kekurangan saya selama berkhidmat,” katanya.
Annuar turut mendoakan mendoakan kesejahteraan yang berkekalan buat semua warga Wilayah Persekutuan.
“Semoga semua warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira kaum atau ugama serta status kehidupan mesti terus di jaga dan di bela,
“Semoga Wilayah Persekutuan di lindungi Allah SWT,di kurnia ketahanan dan immunity menghadapi tularan virus COVID-19 dan lainnya,
“Semoga kehidupan ekonomi,sosial dan keselamatan Wilayah Persekutuan terus pulih,” jelasnya.
Terdahulu, beliau berkata telah selesai menyuarat kabinet sebelum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.
“Kita kekal tenang dan berlapang dada. Semua keputusan secara bersama. Yang penting kita sentiasa menghormati dan mematuhi undang undang dan Perlembagaan negara.
“Asas pertimbangan paling utama adalah kesejahteraan rakyat. Kepada rakyat kita berkhidmat hingga ke garis penamat,” ujarnya. – airtimes.my