[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Z7JLyMPtj4E[/embedyt]
KUALA LUMPUR, 5 Okt – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan peroleh meriam gerak kendiri (Self Propelled Howitzer, SPH) untuk Tentera Darat Malaysia (Tentera Darat) belum dimuktamadkan.
Beliau menyatakan perkara tersebut semasa sidang media di Kem Sungai Besi.
“Proses perolehan SPH sebenarnya masih berjalan. Apa yang saya boleh nyatakan di sini SPH belum kita award (muktamadkan) lagi,” katanya.
Jelas beliau, proses rundingan perolehan SPH antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Kewangan masih lagi dilaksanakan.
Hishammuddin mengulas pendedahan mengenai proses perolehan SPH yang dikatakan telah diberikan kepada sebuah syarikat tempatan.
“Proses untuk mendapatkan muktamad ini, berkisar banyak dengan pelbagai agensi. Bukan sahaja pada MINDEF,
“Kita masih lagi berbincang seperti biasa dengan MOF,” ujar beliau.
Tambah Menteri Kanan Pertahanan, pihaknya tidak mewar-warkan apa-apa lagi kerana perolehan tersebut belum dimuktamadkan. – airtimes.my