KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Jumlah ke baharu COVID-19 terus mencatatkan peningkatan dengan 24,599 kes dilaporkan hari ini berbanding 22,642 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di dalam negara meningkat kepada 1,640,843 kes hari ini.
Beliau berkata, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 6,936 kes.
“Ini diikuti Sabah (3,487 kes); Johor (2,785 kes); Pulau Pinang (2,078 kes); Sarawak (2,024 kes); Kedah ( 1,538 kes); Kelantan (1,312 kes); Perak (1,170 kes) dan Kuala Lumpur (881 kes),
“Selain itu, Pahang mencatatkan 690 kes; Terengganu (567 kes); Negeri Sembilan (526 kes); Melaka (515 kes); Perlis (67 kes); Putrajaya (20 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.
Semalam, Malaysia mencatatkan sebanyak 22,642 kes jangkitan baharu dan 265 kes kematian akibat wabak ini. -airtimes.my