[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=p_sUlKTzyMk[/embedyt]
SUBANG, 16 OKT – Sebuah pesawat jenis Beechcraft B 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, tengah hari tadi.
Menurutnya, pesawat telah mengalami kegagalan fungsi ‘undercarriage’ iaitu keadaan di mana sebelah tayar tidak turun semasa hendak mendarat.
“Pesawat dari No 16 Skuadron tersebut membawa 4 orang anak kapal sedang melaksanakan latihan penerbangan yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada jam 11.27 pagi,
“Semua anak kapal yang terlibat selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,
“Pesawat dari No 16 Skuadron tersebut membawa 4 orang anak kapal sedang melaksanakan latihan penerbangan yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada jam 11.27 pagi,
“Semua anak kapal yang terlibat selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelas TUDM lagi.
TUDM turut menjelaskan, pihaknya akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian. -airtimes.my