KUALA SANGLANG, 30 Dis – Seorang nelayan warga tempatan yang dilaporkan hilang ditemui selamat berhampiran perairan Pulau Payar pada 28 Disember lalu.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata mangsa, Zainudin bin Saad, 49 tahun ditemui oleh nelayan yang turut serta dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) disekitar perairan Pulau Payar.
“Bot peronda Maritim Malaysia yang menyertai operasi pencarian tersebut bergegas ke Pulau Payar sejurus dimaklumkan mangsa telah dijumpai dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis.