MELAKA, 24 Ogos – Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mejar Jeneral Rashidin Hashimi Ab Rashid dilantik sebagai Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) yang baharu menggantikan Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.
Upacara perbarisan serah terima tugas berlangsung di Dataran Hasbullah, Markas 3 Div semalam disaksikan Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Majlis menandatangani dokumen serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa itu berlangsung dengan penuh istiadat perbarisan oleh 18 pegawai dan 200 anggota yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD), Leftenan Kolonel Muhammad Ikhwan Hussin.
Tengku Muhammad Fauzi telah menjawat jawatan sebagai Panglima 3 Div ke-25 selama 3 tahun bermula pada 25 Julai 2019.
Beliau seterusnya menjawat jawatan sebagai Panglima Latihan Tentera Darat berkuat kuasa pada 11 Ogos 2022. – airtimes.my