TANJUNG LABOH, 4 Jul – Seramai 15 pegawai dan 201 anggota Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (9 RAMD (PARA)) telah terlibat dalam Eksesais HARIMAU STRIKE Siri 1/2023 pada 8 hingga 27 Jun lalu.
Eksesais yang dilaksanakan di sekitar Kem Terendak dan di kawasan am Simpang Renggam – Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor ini adalah untuk menguji dan menilai semua peringkat termasuk fungsi Markas Batalion sebagai staf perancang serta kompeni sebagai pelaksana.
Menurut pihak 10 Briged Para (10 Bgd Para), eksesais ini telah dirangka secara terperinci menggabungkan fasa perancangan, persiapan dan pelaksanaan.
โEksesais ini adalah berkonsepkan ๐๐ฑ๐ฆ๐ค๐ช๐ง๐ช๐ค ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ด yang telah dirangka secara terperinci secara fasa yang bertujuan untuk menguji semua peringkat termasuk fungsi Markas Batalion sebagai staf perancang dan kompeni sebagai pelaksana,
โPenerapan latihan berorientasikan ๐๐ฏ๐ฆ ๐๐ต๐ฆ๐ฑ ๐๐ช๐จ๐ฉ๐ฆ๐ณ terarah kepada Kompeni Tempur,โ jelas pihak Markas 10 Bgd Para.
Jelas Markas 10 Bgd Para, eksesais ini telah dilaksanakan dalam 4 fasa utama iaitu Fasa Persiapan; Fasa Pre Deployment Training (PDT)/ Battle Procedure; Fasa Pelaksanaan/ Field Training Exercise (FTX) dan After Action Review (AAR) yang menekankan peranan serta aturgerak elemen Rapid Deployment Force (RDF) โ Specific Operation – Raid.
Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para), Leftenan Kolonel Mohd Farid Abd Hamid turut terlibat dalam serangan akhir iaitu ๐๐ข๐ช๐ฅ yang dilaksanakan oleh Kompeni Pelaksana terhadap kawasan objektif musuh.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan tujuan pelaksanaan setiap fasa dalam eksesais ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan memperkasakan ketangkasan barisan pegawai dan anggota staf Markas Batalion dalam merangka dan merancang eksesais, serta Kompeni Tempur yang melaksanakan FTX.
โEksesais ini adalah selari dengan Direktif Latihan Panglima 10 Bgd (Para) yang menjuruskan kepada pengekalan kompetensi setiap ๐๐ข๐ณ๐ข๐ต๐ณ๐ฐ๐ฐ๐ฑ๐ฆ๐ณ dalam ๐ค๐ฐ๐ณ๐ฆ ๐ค๐ฐ๐ฎ๐ฑ๐ฆ๐ต๐ฆ๐ฏ๐ค๐บ iaitu berlatih untuk berperang,
โPelaksanaan eksesais ini juga bertepatan dengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-29 iaitu Peningkatan Kesiagaan serta Gagasan SINERGI Pegawai Memerintah Ke-29 iaitu Sentiasa Siaga dan Intensitas Latihan Tinggi,โ ujarnya lagi. -airtimes.my
Galeri gambar: