LANGKAWI, 26 Feb – Markas Angkatan Bersama (MAB) telah melaksanakan tinjuan lokasi latihan bertempat di Akademi Koreksional Malaysia (AKM) Langkawi, pada Khamis.
AKM menerusi hantaran di media sosial rasminya berkata, lawatan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Asisten Ketua Staf (AKS) J3, Laksamana Pertama Baharudin Wan Md. Nor diiringi Kolonel Zulfakar Abdul Wahid.
“Lawatan ini merupakan tinjauan kawasan bagi Latihan Gabungan Bersama Malaysia Indonesia (LATGABMA) serta Latihan Darat Samudera dan Angkasa (DARSASA) yang akan diadakan pada September 2022,
“AKM telah tersenarai untuk latihan ketenteraan tersebut bersama lain-lain pusat latihan di Langkawi,” kata hantaran itu.
Ketibaan lawatan ini telah disambut oleh Pengarah AKM, Timbalan Komisioner Penjara Dr. Kamsiah Kamin dan Penguasa Penjara Mohd Mazairi Majid bersama pegawai kanan AKM. – airtimes.my