LUBNAN, 26 Jun – Batalion Malaysia 850-9 (MALBATT-850-9) telah menyertai Eksesais Steel Storm dalam menilai tahap kompetensi dan keupayaan trup dan aset-aset kontijen di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL).
Markas Angkatan Bersama (MK AB) berkata, eksesais itu juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan terhadap keupayaan fungsi senjata serta meningkatkan hubungan diplomasi di antara trup-trup UNIFIL yang lain.
Latihan menembak anjuran MK UNIFIL yang melibatkan trup UNIFIL dari Sektor Barat dan Sektor Timur serta Lebanese Armed Forces (LAF) dengan pelbagai sistem persenjataan termasuk kenderaan perisai ini telah dilaksanakan pada 20 hingga 24 Jun lalu di Naquora Sea Firing Range, Selatan Lubnan.
“Penglibatan MALBATT 850-9 dalam Ex Steel Storm merupakan kali pertama dalam siri Live Firing Exercise (LFX) di lapang sasar yang sama pada 20 Jun 22 yang lalu,
“Antara aset yang digunakan MALBATT 850-9 ialah RPZ Condor 4 x 4 dan APC Guardian 4 x 4. Disamping itu, latihan menembak ini juga melibatkan anggota infantri dari Kompeni Tempur serta sniper oleh Elemen BMR dan CRT,” jelas MK AB menerusi hantaran di media sosialnya pada Sabtu.
Tambahnya, latihan ini juga dapat meningkatkan persefahaman dan pengoperasian taktikal bersama di mana ianya boleh menyumbang ke arah pelaksanaan operasi bersama yang lebih berkesan.
Majlis penutup Eksesais Steel Storm ini telah disempurnakan Majer General Aroldo Lazaro, Head of Mission/Force Commander (HoM/FC).
Menurutnya, secara tidak langsung, latihan sebegini dapat mengeratkan kesatuan Trup UNIFIL dan berkongsi pengalaman serta menjadi platform kepada semua trup dalam meningkatkan pengetahuan keupayaan sistem persenjataan dan daya tempur. -airtimes.my