BAYAN BARU, 28 Apr – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 6 pegawai polis yang bertugas di Lokap Berpusat Bayan Baru, Pulau Pinang, semalam.
Komisioner Polis, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, penahanan tersebut berikutan kejadian orang kena tuduh (OKT) di bawah Akta Dadah Berbahaya 1985 yang telah melarikan diri dari lokap tersebut, awal pagi Rabu.
“Ekoran daripada insiden ini, pihak polis telah membuat tangkapan kepada semua pegawai polis yang bertugas ketika kejadian,
“Kesemua mereka ditahan reman selama 3 hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di Bazar Ramadhan, Bayan Baru, semalam.
Menurutnya lagi pihak polis sedang giat menjalankan pencarian bagi memburu OKT yang masih bebas.
Beliau menjelaskan terhadap orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan, terus menghubungi Asisten Suprintenden Polis (ASP), Fazly Abdullah di talian 012-4445788.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan dimana penjawat awam dengan cuai membiarkan seseorang lari dari pengurungan dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu tentangan/halangan terhadap penangkapan yang sah disisi undang-undang,
“Jika disabitkan boleh dihukum penjara selama 2 tahun dan denda atau kedua-duanya,” ujarnya. – airtimes.my