Leicester (Britain), 27 Feb – Sekurang-kurangnya empat maut dan empat lagi cedera dalam letupan yang memusnahkan rumah kedai menempatkan kedai serbaneka di tengah bandar Leicester pada 7.20 petang semalam (waktu tempatan) yang telah menyebabkan kedai di tingkat bawah dan apartmen dua tingkat di atasnya runtuh.
“Setakat ini, empat mangsa dilaporkan terbunuh dan beberapa lagi masih menerima rawatan di hospital.
Gambar dan video yang dirakam orang ramai menunjukkan api besar di kawasan itu dengan sisa runtuhan bangunan bertaburan di atas jalan.
“Kami mendengar bunyi letupan yang sangat kuat dan tingkap kedai yang terletak berhampiran lokasi kejadian bergegar.
“Apabila keluar, kami melihat kepulan asap yang tebal dan batu-bata bertaburan di atas jalan,” kata seorang penduduk Harrish Patni.
Media tempatan melaporkan bahawa kedai itu milik warga Poland yang menjual barangan runcit.
Pasukan penyiasat kini berusaha menyiasat punca letupan, manakala pasukan mencari dibantu anjing pengesan masih mencari sekiranya masih ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan.