[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=BZvTr6jh-p8[/embedyt]
KUALA LUMPUR, 27 April – Inisiatif rondaan bersama 3 buah negara akan dibincangkan antara Menteri Pertahanan dari Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan beliau akan berjumpa dengan rakan sejawatannya dari kedua-dua negara semasa pameran DSA dan NATSEC ASIA 2022 yang akan bermula esok.
“Menteri pertahanan dari kedua-dua negara telah menyatakan hasrat ini dan ia merupakan satu peluang yang baik untuk hidupkan kerjasama trilateral,
“Kita akan ambil peluang pameran ini dan kehadiran 2 menteri untuk menghidupkan semula inisiatif ini,” katanya semasa sidang media di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.
Mesyuarat antara ketiga-tiga Menteri Pertahanan dijadualkan akan berlangsung esok. Satu sidang media khas akan diadakan sejurus mesyuarat tersebut selesai.
Dalam pertemuan ini, Hishammuddin akan bertemu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia, Prabowo Subianto dan Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana.
Inisiatif trilateral antara ketiga-tiga negara ASEAN mula diadakan pada tahun 2017. Kerjasama ini dilaksanakan berikutan peningkatan ancaman pengganas di kawasan Laut Sulu yang pada ketika itu memberi kesan kepada tahap keselamatan sempadan Malaysia, Indonesia dan Filipina. – airtimes.my