KUANTAN, 13 Ogos – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan Eksesais Udara Shakti 2022 (EX US22) bersama Indian Air force (IAF) yang bermula semalam sehingga 17 Ogos ini.
Menurutnya, latihan ini melibatkan ruang udara Kuantan dan kawasan sekitarnya.
“Sepanjang eksesais berlangsung, pesawat-pesawat TUDM dan IAF akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu yang digazetkan kawasan latihan,
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM dan IAF terbang rendah di sepanjang tempoh eksesais berlangsung,” kata TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Pada masa yang sama, TUDM menegaskan latihan yang diadakan ini berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) dan Subject Matter Expert Exchange (SMEE) dalam memperkukuhkan hubungan profesional di antara dua angkatan udara Malaysia dan India.
Selain itu, eksesais ini juga akan meningkatkan interoperability dalam melaksanakan latihan bersama di peringkat taktikal, membina dan mengukuhkan hubungan ketenteraan dua hala, perkongsian kemahiran dan pengalaman.-airtimes.my