NEW DELHI, 17 DIS – Tentera Laut India (Indian Navy, IN) telah berjaya menjejak sebuah kapal dagang yang ditawan oleh lanun.
Pihak IN dalam satu kenyataan menjelaskan, mereka telah menghantar pesawat rondaan maritim (MPA) dan kapalnya mengekori kapal MV RUEN yang telah ditawan oleh 6 lanun.
“Pesawat MPA telah dihantar sebaik sahaja menerima laporan kecemasan. Kapal tentera laut yang sedang melaksanakan misi rondaan menentang aktiviti pelanunan turut digegaskan ke lokasi MV Ruen,
“Kapal tersebut telah berjaya dikesan pada pagi 15 Dis dan dipintas oleh kapal tentera laut pada awal 16 Dis,” kata IN dalam satu hantaran.
Tambahnya, situasi semasa sedang diperhatikan secara rapat dan tentera laut India sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan berhubung situasi tersebut.
Tentera Laut India menyatakan kapal tersebut sedang menuju ke perairan Somalia.
MV Ruen merupakan kapal pengangkut pukal dan dikendalikan oleh 18 anak kapal. Isyarat kecemasan telah diaktifkan oleh MV Ruen pada sekitar 15 Disember lalu.
Kapal yang dimiliki syarikat Bulgaria, Navibulgar itu telah ditawan semasa melepasi Socotra, selatan Yaman.– airtimes.my
#AirTimes #India #Global #LautMerah