SERIAN, 12 Ogos – Cubaan 4 pendatang asing tanpa izin (PATI) wargenagara Indonesia untuk meloloskan diri masuk ke Sarawak dengan bersembunyi dalam lori treler gagal, apabila kenderaan tersebut ditahan pihak polis.
Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Komisioner Polis (DSP) Aswandy Anis berkata, keempat-empat mereka yang terdiri daripada 2 lelaki dan 2 wanita itu ditahan di Jalan Serian-Sri Aman, pagi tadi.
“Kesemua mereka berusia 27 hingga 48 tahun itu ditahan dalam lori treler yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun oleh sepasukan Polis dari Task Force Skuadron Perisai 11, Briged Sarawak dan dibantu Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah Serian.
“Hasil pemeriksaan, kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah,
“Kesemua warga Indonesia tersebut disyaki telah memasuki ke Sarawak melalui jalan tikus untuk dihantar bekerja ke ladang sawit Selangau,” tambahnya.
Aswandy berkata, kesemua suspek telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Serian untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Atipsom 2007 dan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63. -airtimes.my