KUALA LUMPUR, 22 Feb – Presiden Pengerusi NGO Sahabat Erat Amanah Rakyat Malaysia (SEDAR), Nazrin Norani menegaskan Malaysia tidak ketandusan pemimpin untuk menerajui negara.
“Ramai pemimpin yang berbakat di Malaysia dan mungkin mereka akan menonjolkan diri semasa Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau turut mendakwa rakyat Malaysia sudah jemu melihat pemimpin yang sama memegang teraju pemerintahan negara.
“Dari saya sekolah menengah, sekarang ini anak dah masuk sekolah menengah, masih muka mereka berdua (Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim),
“Dulu masa saya tingkatan empat tengok Mahathir dan Anwar gaduh, dan sekarang anak saya tingkatan empat masih muka dua orang ini juga,
“Sudah tentu kita hendak lihat pemimpin baru.Tetapi kita tengok kerajaan sekarang ini, tidak nampak siapa (pemimpin) yang seterusnya. Balik-balik muka yang sama saja,” katanya semasa sidang media selepas Perhimpunan 22022020 anjuran Gabungan Kuasa Rakyat.
Nazrin yang juga merupakan jurucakap perhimpunan berkata,beliau tidak mengambil kisah akan isu peralihan kuasa antara Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim.
“Itu kerja orang politik,” tegasnya.
Terdahulu, Nazrin bersama 10 orang penceramah dari pelbagai lapisan masyarakat dan NGO telah hadir ke Perhimpunan 22022020 yang diadakan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka.
Menurut beliau, perhimpunan kali ini merupakan satu kejayaan dan bertujuan untuk membawa suara rakyat kepada pihak kerajaan.
“Kita tidak kisah siapa jadi kerajaan. Di saat rakyat susah tertekan dan dizalimi, kita akan sampaikan suara mereka,
“Kita sekadar menyampaikan suara mereka,” jelasnya.
Perhimpunan 22022020 diadakan bagi menyampaikan 10 tuntutan kepada pihak kerajaan untuk ditunaikan dalam masa 100 hari.
“Kita sediakan 10 tuntutan kepada kerajaan untuk tunaikan dalam masa 100 hari. Jika mereka tunaikan, alhadulillah,
“Jika mereka gagal berbuat demikian, baik kembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin baharu,” ujarnya.
Tuntutan yang disampaikan ialah:
-
- Bertanggungjawab terhadap kegagalan memimpin dan mentadbir negara.
a. Perdana Menteri dan Kabinet Malaysia wajib meletakkan jawatan.
b. Barisan kepimpinan yang baharu harus bebas daripada sebarang skandal, baik dari segi kewangan mahupun moral seperti seks, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. - Bertanggungjawab ke atas kedaulatan undang-undang dan maruah institusi yang tercemar.
a. Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Pengerusi SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia) dan Peguam Negara yang cenderung mengundang persepsi negatif pada masa ini wajib meletakkan jawatan.
b. Institusi-institusi seperti SPRM, SPR serta Jabatan Peguam Negara wajib bebas daripada pengaruh politik dan bukannya dijadikan senjata politik mana-mana pihak.
c. Cadangan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengerusi SPR dan Peguam Negara wajib melalui sesi pemilihan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang dianggotai oleh gabungan ahli-ahli Parlimen Pembangkang dan Kerajaan.
d. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak dalam menolak atau menerima cadangan pelantikan tersebut. Perdana Menteri tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam pemilihan ketiga-tiga jawatan tersebut. - Menangani krisis ekonomi dan kewangan negara yang semakin merudum disebabkan keculasan kerajaan pimpinan pakatan harapan
- Menyelesaikan isu berkenaan raja-raja melayu serta polemik antara agama dan kaum yang kian meruncing di bawah kerajaan pimpinan pakatan harapan.
- Menyelesaikan isu kos sara hidup yang melambung di bawah kerajaan pimpinan pakatan harapan.
- Menyelesaikan isu kebajikan rakyat yang terabai di bawah kerajaan pimpinan pakatan harapan.
- Memulakan pelan tindakan realistik untuk orang muda / belia dengan kadar segera.
- Mengagihkan peruntukan kewangan setara untuk semua ahli parlimen dan adun samada ahli terdiri daripada pihak pembangkang, kerajaan mahupun bebas.
- Menunaikan manifesto PRU-14 dan menggubal undang-undang khas untuk mewajibkan manifesto ditunaikan.
- Memulihkan hubungan diplomatik antarabangsa yang terjejas teruk di bawah kerajaan pimpinan pakatan harapan
- Bertanggungjawab terhadap kegagalan memimpin dan mentadbir negara.
Galeri gambar:
PENAFIAN:
Air Times News Network tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.