KUANTAN – Batalion ke-12 Rejimen Askar Melayu Dirajaya (12 RAMD) Mekanize membaiki rumah mangsa ribut di Taman Balok Pine pada 29 Sep hingga 5 Okt lalu.
Projek Jiwa Murni (PJM) ini turut dilaksanakan bersama dengan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dan pihak pengurusan Taman Balok Pine.
Menurut Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), kejadian ribut tersebut telah berlaku pada 19 Ogos lalu yang menyebabkan rumah mangsa telah dihempap oleh sebatang pokok dan mengalami kerosakan dimana keseluruhan bumbung di bahagian ruang tamu dan dapur telah musnah.
“Pegawai Memerintah 12 RAMD (Mek), Leftenan Kolonel Hafiz Sulaiman telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan tenaga kerja seramai 7 anggota tentera,
“Manakala JKKK dan MUIP membantu dalam menyediakan bahan binaan dan peralatan pertukangan,” katanya.
Selain itu, pelaksanaan PJM ini dapat membantu anggota platun Rintis Serang pasukan 12 RAMD (Mek) dalam mempraktikkan kemahiran mereka disamping mengeratkan hubungan tentera dan orang awam. – airtimes.my
Gambar galeri: