[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=fprQ8tKYbVw[/embedyt]
KUALA LUMPUR, 29 Ogos β Hampir 20,000 peserta kontijen dijangka menyertai perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah penyertaan itu meningkat berbanding 10,000 peserta yang mendaftar pada peringkat awal.
“Hari ini kita lakukan raptai penuh dengan beberapa penambahbaikan yang dibuat termasuk daripada segi masa,
“Daripada segi penyertaan jumlahnya telah meningkat lebih 19 ribu anggota. Kita bermula dengan 10,000 peserta, naik 16,000 dan kini jumlah keseluruhannya terbabit dengan perarakan ialah hampir kepada 20,000 peserta,
“Nampaknya sambutan luar biasa, memang jelas. Malah bilangan peserta dan aset ini adalah terbesar pernah kita lakukan termasuk sambutan orang ramai di semua peringkat termasuk kerajaan negeri, penguat kuasa tempatan malah komuniti,β katanya kepada pemberita selepas meninjau raptai penuh acara perbarisan dan perarakan di Dataran Merdeka, hari ini.
Annuar menjelaskan, beliau berpuas hati dengan raptai penuh yang dijalankan hari ini dan berharap ia dapat dikekalkan pada sambutan Hari Kebangsaan 2022, 31 Ogos ini.
Dalam masa yang sama, beliau menasihatkan orang ramai yang ingin menyaksikan acara perbarisan dan perarakan itu hadir lebih awal sebelum 7.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan susulan beberapa jalan raya ditutup.
Annuar berkata, keterujaan sambutan bukan saja pada perarakan 31 Ogos malah perlu disusuli di rumah dan bersama komuniti masing-masing.
“Kita mahukan penghayatan menyambut Hari Kebangsaan dan nampaknya sambutan memang luar biasa,
“Sambutan kali ini amat luar biasa dan jelas, malah bilangan peserta serta aset ini adalah yang terbesar dilakukan,
βDan juga sambutan orang ramai di semua peringkat termasuk di kerajaan-kerajaan negeri di seluruh negara sambut baik. Diharap suasana ini diteruskan sepanjang bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia (16 Septermber) ini,β tambahnya.
Hari Kebangsaan 2022 pada 31 Ogos ini bakal disambut secara besar-besaran di Dataran Merdeka selepas 2 tahun diraikan sederhana bagi mengurangkan perhimpunan ramai susulan COVID-19 dan kali terakhir ia diraikan pada 2017. -airtimes.my