HYDERABAD, 3 Feb – Tentera India telah menandatangani kontrak perolehan sistem misil anti armor bernilai US$418.5juta (RM1.75 bilion).
Kontrak ditandatangani pada Rabu dengan syarikat pertahanan India, Bharat Dynamics Limited (BDL) melibatkan perolehan misil Konkurs-M selama 3 tahun.
“Konkurs-M akan dihasilkan secara berlesen dengan pengeluar Rusia. BDL akan mengabungkan kapasiti penghasilan bagi memenuhi permintaan domestik dan eksport,
“Pihak syarikat turut menawarkan sistem persenjataan anti armor seperti Nag, Milan-2T dan Amogha,” kata Ketua Pengarah Urusan BDL, Siddharth Mishra dipetik oleh media India.
Konkurs-M merupakan misil anti armor generasi kedua yang dihasilkan oleh Rusia. Misil ini dilengkapi dengan sistem panduan wayar. – airtimes.my