MARAKAH, 1 Feb – Batalion Malaysia 850-9 (MALBAT 850-9) melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Marakah, semalam.
My Joint Force dalam hantaran media sosialnya berkata, penyerahan sumbangan ini adalah usaha MALBAT 850-9 dalam mendekati serta memenangi hati penduduk setempat di selatan Lubnan.
“Sumbangan ini telah disempurnakan oleh Komander MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin kepada Ketua Pertubuhan Kebajikan Marakah, Rajaa Hassan,
“Sumbangan yang dihulurkan adalah berbentuk lampin pakai buang bayi sebanyak 46 set,
“Melalui Sel Program Jiwa Murni atau Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) MALBAT 850-9 usaha pengumpulan sumbangan dari badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia telah dilaksanakan sejak Julai 2021 dan dibawa bersama kontinjen pada Oktober tahun lalu,” kata hantaran itu.
Menurut Rajaa Hassan, badan kebajikan itu mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan dan akan dimanfaatkan kepada mereka yang memerlukan.
“Selain bayi, lampin pakai buang adalah satu keperluan mendesak warga Marakah ketika ini terutama orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak istimewa,
“Semoga bantuan ini mampu meringankan sebahagian beban penduduk Marakah dan kawasan sekitar,” tambahnya. – airtimes.my