KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham hari ini mengesahkan penularan wabak COVID-19 pada kluster Kurau dan Sivagangga adalah melalui ziarah semasa perayaan.
“Kedua-dua kluster ini telah mencatatkan pertambahan kes semenjak kebelakangan ini terutamanya selepas musim perayaan,
“Siasatan yang dilakukan semasa aktiviti pengesanan aktif pada kedua-dua kluster mendapati penularan adalah berlaku ketika kunjung-mengunjung dan sebahagian besarnya melibatkan ahli keluarga,” kata Ketua Pengarah Kesihatan semasa Sidang Media Harian COVID-19, hari ini.
Menurut beliau, kes jangkitan pada kluster terbabit turut melibatkan mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak dan warga emas.
“Aktiviti kunjung-mengunjung telah dibenarkan namun ianya masih tertakluk kepada SOP,” ujarnya.
Terdahulu, beliau mengumumkan sebanyak 11 kes jangkitan baharu telah dikesan pada hari ini yang terdiri dariapada 5 kes import dan 6 kes penularan tempatan.
“Bagi kes penularan tempatan, 3 kes adalah melibatkan kluster Kurau di Perak,” katanya.
Selain pertambahan kes, Noor Hisham turut mengumumkan seramai 19 pesakit telah disahkan pulih dan kes kematian dicatatkan pada hari ini.
Sehingga kini, Malaysia mencatatkan 9,094 kes jangkitan COVID-19 dengan 8,803 daripada telah disahkan pulih.
Kes kematian kekal pada 125 orang. – airtimes.my