KUALA LUMPUR, 4 Feb – Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) memberi pengiktirafan kepada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) sebagai Center of Excellence (COE) untuk latihan intensif peserta Malaysia ke World Skills Competition (WSC) Shanghai dalam bidang Bricklaying.
PERHEBAT dalam hantaran di media sosialnya berkata, 2 pengajar PERHEBAT iaitu Nor Azhar Mohd Lazim dilantik sebagai Pakar Negara dan Mohd Nazeri Abdol sebagai Jurulatih Negara bagi membimbing peserta yang mewakili Malaysia.
Mereka berdua akan membimbing Muhammad Fareez Zainal Abidin iaitu pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM).
Menurutnya, ini merupakan penyertaan ke-8 buat pengajar PERHEBAT yang dilantik sebagai Pakar Negara dalam WSC dan Asean Skills Competition (ASC).
“Pertandingan ini sebagai penanda aras tahap kemahiran peserta peringkat dunia dan memartabatkan TVET Malaysia di peringkat antarabangsa,
“WSC bakal berlangsung di Shanghai pada 12 hingga 17 Oktober 2022,” ujarnya. – airtimes.my