KUALA LUMPUR, 3 Dis – Hujan lebat berterusan kategori buruk dijangka berlaku di negeri Pahang dan Johor hingga esok (4 Janauari 2022).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah yang terlibat ialah Rompin di Pahang dan Mersing di Johor.
Selain itu, Met Malaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di negeri Terengganu (Kemaman); Pahang (Maran, Kuantan, Bera dan Pekan); Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Melaka.
“Selain itu, turut diramal alami cuaca yang sama di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,
“Manakala di Sabah libatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dijangka sehingga Selasa, 4 Januari 2022,” ujar Met Malaysia.
Jelas Met Malaysia, amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan, ribut petir sedang atau dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150mm dalam tempoh 24 jam.-airtimes.my