KUALA LUMPUR, 14 Sept – Bekas Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Ismath yang telah ditahan oleh pihak Polis semalam berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Pihak kami sentiasa bersedia untuk berkerjasama dan memberikan keterangan tanpa memerlukan penahanan aktivis kami,” tegas Ketua Pemuda PSM, Nik Aziz Afiq dalam kenyataannya hari ini.
Nik Aziz turut menuntut kerajaan Malaysia untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 seperti yang dijanjikan.
“Sebelum ini Akta Hasutan adalah salah satu akta yang telah digunakan untuk membuat penangkapan politik kerana mengkritik kerajaan dan kami berasa sedih kerana ianya berterusan dalam Malaysia baru,
“Akta Hasutan adalah akta yang melanggari hak asasi manusia dan merampas hak untuk bersuara. Mansuhkan Akta Hasutan dengan segera dan bebaskan kesemua yang telah ditahan setakat ini hanya kerana memberikan kritikan,” kata Nik Aziz dalam akaun rasmi Twitter PSM hari ini.
Sementara itu, Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata Khalid Ismath dibebaskan selepas keterangannya diambil pagi ini dan tiada permohonan reman dibuat.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dengan beberapa individu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.