AYER HITAM, 9 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan calon Barisan Nasional Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang Perdana Menteri.
Jelas beliau, perkara tersebut akan berlaku jika KJ mendapat sokongan daripada semua pihak.
“Memang dia (Khairy) layak untuk jadi Perdana Menteri akan datang kalau kita menang dalam Pilihan Raya dan dapat sokongan daripada parti,
“Tentu sahaja KJ layak untuk jadi Perdana Menteri satu hari nanti,” kata Ismail Sabri selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama warga Ayer Hitam di Kompleks Balai Orang Ramai, Taman Suria, hari ini.
Terdahulu, KJ menyuarakan hasrat beliau untuk memimpin UMNO dan menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang. – airtimes.my