KUALA LUMPUR, 7 Okt – Pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini memaklumkan bekalan air di 46 kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 274 kawasan yang terlibat dengan peratusan pemulihan pada tahan 17 peratus sehingga jam 6.00 pagi tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elena Basri dalam satu kenyataan berkata sebanyak 228 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan di wilayah yang terjejas iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya.
“Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan yang masih terjejas,
“Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut Petaling sebanyak 37 peratus, Kuala Langat 55 peratus, manakal Hulu Langat dan Sepang/Putrajaya masih belum dapat dipulihkan,” katanya.
Dalam pada itu, Elina menasihatkan kepada pengguna supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor. – airtimes.my