KUALA LUMPUR, 16 Apr – Kes harian positif COVID-19 di Malaysia terus melonjak dengan 2,551 kes baharu pada hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di twitternya berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 370,528 kes.
Daripada jumlah baharu itu, terdapat 29 kes import dan 2,522 kes membabitkan penularan tempatan.⠀
⠀
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 18,600 kes. ⠀
⠀
Sementara itu, beliau juga memaklumkan, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 960 kes, diikuti Selangor (590 kes) dan Kuala Lumpur (245 kes).
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 227 kes kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan. ⠀
⠀
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan terdapat pertambahan sebanyak 2 kematian. Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruh ke kes kematian di Malaysia kini mencatatkan sebanyak 1,365 kes. –airtimes.my