KUALA LUMPUR, 1 Nov – Kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini mencatatkan penurunan apabila merekodkan sebanyak 4,626 kes berbanding semalam 4,979 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,476,268. – airtimes.my