PUTRAJAYA, 18 Feb – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan sebarang pertandingan, sanmbutan atau majlis yang tidak memberikan impak besar kepada murid dimansuhkan pada setiap peringkat.
Menurut beliau, perkara tersebut merupakan antara langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kadar segera dalam memastikan kebajikan dan tekanan para guru.
[blockquote align=”aligncenter” author=”Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan”]Memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambah beban tugas guru. Sebagai contoh pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi SPBT terbaik dan yang seumpamanya.[/blockquote]
Pemansuhan pertandingan sebegini merupakan antara 7 perkara yang diputuskan oleh KPM dan berkuatkuasa mulai sesi persekolahan 2023/2024.
“Memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambah beban tugas guru,
“Sebagai contoh pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi SPBT terbaik dan yang seumpamanya,” kata Fadhlina dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat.
Selain daripada itu, penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan dihadkan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja.
Jelasnya, KPM turut bersetuju untuk mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia kepada setahun sekali.
Selain daripada itu, waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid menjadi lebih fleksibel bagi mengurangkan kesesakan sistem.
“Pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat,
“Ini seperti pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Tinggi tetapi perlu mematuhi syarat serta kriteria ditetapkan,” kata kenyataan itu.
Pada masa yang sama, ringkasan Pengajaran Pelajaran Harian ditetapkan semula serta autonomi guru dalam perancangan dan pembelajaran diperkukuhkan. – airtimes.my