RANAU, 23 Jun – 3 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut ketika kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Ranau –Kota Kinabalu, tengah hari tadi.
TLDM dalam kenyataan berkata, kesemua anggota yang terlibat dalam nahas berkenaan sedang dalam perjalanan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar dari Pangkalan TLDM Sandakan bagi melaksanakan tugas rasmi.
Mereka yang maut Laskar Kanan Maslim Abdul Rahim, Laskar Kelas I Mohamad Firdaus Mat Izan dan Laskar Kelas 1 Muhammad Arif Idris.
“Dalam kejadian tersebut, kenderaan jenis lori 3 tan milik TLDM telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan,
“Selain daripada 3 orang yang meninggal dunia, seorang lagi anggota mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan,
“Punca kemalangan masih lagi dlam siasatan,” tambah kenyataan itu. -airtimes.my