[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=DWHVBZLZFbM[/embedyt]
KUALA LUMPUR, 3 Mac – Bersempena Hari Tentera Darat ke-88, sebuah projek ‘Smart Pole’ dilancarkan di Kem Perdana Sungai Besi bagi mempertingkatkan capaian internet dan pemantauan keselamatan kem.
Pelancaran projek tersebut telah disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, semalam.
Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan berkata, Smart Pole ini adalah hasil kolaborasi TDM bersama Syarikat Platinum Core Solutions Sdn Bhd dan rakan kongsinya dari Syarikat Kenari Maluri Group Sdn Bhd.
“Projek rintis yang dilaksanakan di Kem Perdana Sungai Besi ini merupakan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) yang menyediakan kemudahan capaian internet (WiFi) buat warga kem, penyediaan televisyen litar tertutup (CCTV) dan pencahayaan lampu limpah bagi memudahkan pemantauan kawalan keselamatan kem,
“Projek ini merupakan insiatif yang mendukung Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga Tentera Darat,” katanya.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Pengerusi Platinum Core Solutions Sdn Bhd, Datuk Ir Hj Mohd Zaini Abdullah, Pengerusi Kenari Maluri Group Sdn Bhd, Datuk Tun Hasnul Azam Datuk Seri Tun Hamzah. – airtimes.my
Gambar galeri: