KUALA LUMPUR, 13 Jul – Wanita Muslim yang didakwa menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen hari ini.
Siti Nur Nuramira, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Tertuduh berdepan hukuman penjara minimum 2 tahun dan maksimum 5 tahun.
Beliau yang berbaju kuning dan berjaket hitam, tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 9 pagi tadi diiringi 2 pegawai polis itu dihadapkan ke mahkhamah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.
Wanita tersebut, didakwa menghina Islam sewaktu membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club (CH), Taman tun Dr Ismail itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Siber.
Semalam, pihak polis mengeluarkan kenyataan menyatakan menerima arahan untuk menuduh suspek wanita itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Pada masa sama, teman lelaki Siti Nuramira pula akan dituduh mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Lelaki tersebut, Alexander Navin Vijayachandran, akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor, juga pada hari ini.
Sebelum ini, sebuah video berdurasi 54 saat tular di media sosial memaparkan seorang wanita bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran.
Sewaktu persembahannya, wanita tersebut menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata serta mengundang pelbagai komen netizen.
Perbuatannya itu telah mendapat sorakan dan gelak tawa dalam kalangan penonton kelab berkenaan. -airtimes.my