SARAWAK, 15 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) terus memperkukuhkan kawalan sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat (KALBAR) dengan mengadakan aktiviti Patroli Terkoordinasi (PATKOR) bermula pada 2 Mac lalu.
Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia (Mk 3 Bgd) berkata, aktiviti ini melibatkan anggota daripada Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja (10 RRD) dan Yonarmed 19/105 Bogani mewakili Korem 121/ABW.
Menurut 3 Bgd, rondaan yang dilaksanakan bermula 2 hingga 11 Mac ini turut melibatkan aktiviti seperti sukan persahabatan dan Projek Jiwa Murni (PJM) atau Karya Bakti di kawasan Pekan Badau, KALBAR.
Patroli terkoordinasi ini dilaksanakan selama 10 hari pada setiap siri bagi mengekang aktiviti yang melanggar undang-undang di kedua belah perbatasan negara.
“Aktiviti seperti penyeludupan barang terkawal, pembalakan haram, kemasukan tanpa izin (PATI) dan lain-lain aktiviti di sempadan KALBAR/Sarawak yang mana boleh mencemarkan keamanan dan keselamatan kedua-dua buah negara sekiranya tiada atau kurangnya kawalan keselamatan,
“Aktiviti Bilateral yang telah berlangsung selama 10 hari tersebut turut dilaksanakan aktiviti sampingan seperti bersukan dan Program Jiwa Murni TDM dan TNI-AD di kawasan perbatasan sempadan negara melibatkan penduduk kampung setempat,” jelasnya.-airtimes.my