JERAM, 18 Mac – Tindakan 7 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di sebuah kandang lembu gagal, apabila dicekup oleh pihak polis di pesisir pantai Tambak Jawa, semalam.
Pegawai Pemerintah, Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua mereka termasuk 2 wanita berusia 21 hingga 54 tahun itu ditahan oleh anggotanya pada 7.45 pagi.
Beliau berkata, kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan dan dipercayai baru tiba ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot.
“Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas polis,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Rizal turut menyeru masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. -airtimes.my