ANKARA,19 JAN – Turkiye dilaporkan telah memulakan kerja-kerja pembangunan jet pejuang generasi keenam.
Difahamkan, jet pejuang tersebut akan melibatkan penggunaan teknologi ke kecerdasan buatan (AI).
Perkara tersebut dinyatakan oleh Haluk Görgün, ketua Presidency of Defense Industries (SSB).
Menurut beliau, kerja-kerja pembangunan jet pejuang generasi keenam tersebut diteruskan walaupun pada ketika ini fokus diberikan kepada Kaan, sebuah lagi pesawat yang dibangunkan oleh Turkiye.
“Kaan merupakan jet pejuang generasi kelima. Kami telah memulakan kerja-kerja terhadap pembangunan jet pejuang generasi keenam,” katanya seperti dilaporkan oleh media Turkiye.
Menurut beliau, jet pejuang kelima diterjemahkan dengan ditakrifkan dengan kemampuan stealth dengan melibatkan integrasi kesemua sub sistem serta penderia.
“Jet pejuang generasi keenam pula melibatkan integrasi teknologi AI,” ujar beliau.
Kaan merupakan jet pejuang generasi ke-5 yang sedang dibangunkan oleh Turkiye pada ketika ini. Pesawat tersebut dijangka akan melaksanakan penerbangan sulungnya dalam jangka masa terdekat.
Pesawat ini kali pertama diperkenalkan kepada umum pada tahun lalu dan merupakan salah satu projek bersejarah bagi Turkiye.
Jet pejuang ini dijangka akan mula dihasilkan secara besar-besaran pada tahun 2028. Kaan dijangka akan menggantikan peranan jet pejuang F-16 yang sedang dioperasikan oleh Tentera Udara Turkiye. – airtimes.my
#AirTimes #Turkiye #Kaan #TeknologiPertahanan